Selamat Datang Ke Blog Biro Cafe MQA

Laman Blog ini menyediakan info-info terbaru mengenai Biro Cafe dan memberikan peluang untuk ahli-ahli Kelab Kebajikan MQA untuk menambahkan peluang pendapatan serta menjual barangan-barangan pada harga yang lebih murah.

Thursday, August 27, 2009

JUALAN RAMADHAN

JUALAN RAMADHAN, BIRO CAFE

Pengenalan :
Biro Cafe akan menganjurkan program "Jualan Ramadhan ” kepada warga MQA sebagai satu usaha menyediakan perkhidmatan berkonsepkan ‘mendapatkan barangan yang lebih murah dari harga pasaran’.


Objektif Program :
Program ini dijalankan adalah untuk:-.

a) Aktiviti pembukaan Biro Cafe sesi 09/10
b) Memudahkan warga MQA mendapatkan barangan keperluan, tanpa perlu membuang masa dan tenaga berbanding jika mendapatkannya di kedai berhampiran.
c) Menggalakkan warga MQA berbelanja secara berhemah.
d) Menggalakkan warga MQA menggunakan produk yang berkualiti dengan harga yang amat berpatutan.
e) Mengurangkan risiko jangkitan pandemik H1N1 kepada warga MQA kerana tidak perlu bersesak-sesak di bazar luar.


Tarikh / Masa :
Program ini akan dilaksanakan bermula dari 10 september 2009 dan 11 September 2009.Masa pada pukul 1.00-2.00 petang dan 12.15-2.45 petang.


Kaedah Pelaksananaan Kempen :
* Biro Cafe akan mengenalpasti produk yang bersesuaian untuk dijual.
* Satu kaunter khas akan diwujudkan dan memastikan urusan jual beli dilakukan sepanjang waktu rehat dan waktu luar pejabat.
* Hebahan promosi akan dihantar kepada Warga MQA melalui Biro Cafe Kelab Kebajikan.
* Biro Cafe akan menyediakan tapak jualan kepada bakal-bakal peniaga di tingkat 12A dan bayaran yuran akan dikenakan.
* Warga MQA akan dikenakan yuran sebanyak Rm 30 dan Rm 60 merupakan yuran untuk peniaga yang bukan di kalangan warga MQA.Yuran yang digunakan adalah untuk jualan tapak selama dua(2) hari.
* Hebahan juga akan dilakukan melalui poster di lif-lif menara PKNS ( dengan izin Pengurusan menara PKNS-PJ )
* Syarat-syarat dan maklumat umum pengajuran kiosk Jualan Ramadhan.

Berminat????? Dapatkan borang daripada AJK yang terdekat anda sekarang....
TArikh tutup penyertaan : 2 September 2009

No comments:

Post a Comment

Followers